top of page

Modul Pembelajaran

Daftar Sekarang!

Modul Integrasi Islam berasaskan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

 

Menerapkan nilai-nilai Islam secara langsung dan tidak langsung dalam pembelajaran asas mengikut tujuh tunjang yang termaktub di dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.

 

Tunjang:

1. Komunikasi Bahasa Melayu

2. Komunikasi Bahasa Inggeris

3. Kerohanian, Sikap dan Nilai

4. Kemanusiaan

5. Ketrampilan Diri

6. Perkembangan Fizikal dan Estetika

7. Sains dan Teknologi

Modul Sains Little Scientists

 

Menggunakan kaedah "hands-on" untuk mempelajari dan meneroka pengetahuan sains. Pelajar akan diberi "Science Kit" setiap seorang dan diberi peluang untuk membuat eksperimen sains dengan bantuan guru. Aktiviti-aktiviti tersebut meningkatkan kefahaman anak-anak terhadap sains dan menarik minat mereka untuk menceburi bidang sains.

Modul Matematik - Euler Math

 

Matematik adalah matapelajaran membosankan bagi sesetengah orang. Euler math mengambil pendekatan pembelajaran matematik yang menyeronokkan dengan bantuan alat bantu. Ia juga menggalakkan anak-anak berfikiran kreatif dan inovatif.

Iqra' dan Amali Solat

 

Sebelum memulakan pelajaran formal, anak-anak Al Kindi akan belajar amali solat dan belajar mengaji menggunakan Iqra'. Kelas Iqra' ini adalah tambahan kepada kurikulum dan tiada caj tambahan dikenakan.

Asas membaca kaedah Express-i

 

Bagi memberikan asas bacaan yang baik kepada anak-anak Al Kindi, kami menggunakan kaedah Express-i iaitu kaedah membaca sambil menyanyi bagi Bahasa Melayu dan kaedah "Jolly Phonics" untuk bacaan Bahasa Inggeris. Kaedah phonics merupakan kaedah yang diakui berkesan untuk mengajar kanak-kanak cepat membaca.

Aktiviti luar bilik darjah

 

Adalah penting bagi kanak-kanak untuk diberi peluar belajar diluar kongkongan bilik darjah. Tadika Al Kindi telah mengaturkan banyak aktiviti luar bilik darjah seperti Lawatan ke Perpustakaan Awam Melaka, Lawatan ke Jabatan Bomba dan Penyelamat, Perarakan Maulidurrasul, Persembahan nyanyian di Institut Latihan Perindustrian Bukit Katil dan sebagainaya.

bottom of page