I'm a description. Click to edit me
TADIKA
AL KINDI
Latar Belakang
Tadika Al Kindi ditubuhkan pada tahun 2014 dengan aspirasi untuk memenuhi keperluan masyarakat memberikan pendidikan pra-sekolah yang komprehensif bagi mempersiapkan anak-anak sebelum melangkah kealam persekolahan sebenar. Ia berdasarkan kesedaran peri pentingnya pendidikan awal kanak-kanak yang menyeluruh berasaskan Al-Qurán dan Sunnah.
Nama Al-Kindi dipilih sempena nama seorang tokoh falsafah Islam iaitu Al-Kindi yang menguasai pelbagai cabang ilmu seperti astronomi, perubatan, geografi, dan matematik dan muzik.
OBJEKTIF PENUBUHAN
-
Menyediakan pendidikan pra-sekolah kepada anak-anak berumur 4-6 tahun yang merangkumi 3M, asas agama (Fardhu Ain & Al-Qurán) dan Sains.
-
Memberikan pendedahan kepada anak-anak tentang kemahiran sosial ‘social skills’ yang berasaskan kepada akhlak dan budaya Islam dan Melayu.
-
Membangunkan kemahiran kendiri dan karakter dari peringkat kanak-kanak – berdikari, keyakinan diri, kepimpinan, kemahiran berkomunikasi dsbg.
VISI TADIKA
-
Menjadi tadika contoh yang menyediakan pendidikan holistic dengan menekankan pembangunan sahsiah dan agama sebagai asas.
-
Menyediakan modul pendidikan yang memupuk semangat cintakan ilmu dan tidak berorientasikan peperiksaan.
-
Menyediakan modul pendidikan yang menarik dengan memberi penekanan kepada pembangunan karakter, keyakinan diri dan kepimpinan.
MISI TADIKA
-
Untuk melahirkan pelajar yang seimbang rohani dan jasmani.
-
Untuk melahirkan pelajar yang cintakan dan dahagakan ilmu pengetahuan.
-
Untuk melahirkan pelajar yang berkeyakinan tinggi dan menguasai kemahiran kendiri.
Sekapur Sirih
Al Kindi menitikberatkan pembangunan sahsiah sebagai asas, pemahaman terhadap ajaran Islam sebagai panduan kehidupan dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam setiap matapelajaran yang diajar.
Tenaga pengajar Al Kindi dilatih untuk menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan "learning is fun" dengan menggalakkan anak-anak menyelongkar dan mengalami sendiri pelbagai pengalaman belajar dan bereksperimen.
Bahan-bahan pengajaran yang disediakan berbentuk visual dan dramatik dan memudahkan pemahaman anak-anak tentang kehidupan harian.
Pengasas Alkindi
Pengasas Al Kindi
Dr. Siti Zakiah Bt. Melatu Samsi
Berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) Sistem Maklumat dan Sarjana Sains Pengurusan Teknologi Maklumat dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Maklumat Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan Diploma Lanjutan Bimbingan dan Kaunseling Universiti Islam Antarabangsa. Berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang pendidikan bermula sebagai pembangun modul sijil kemahiran MLVK (Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan). Meneruskan kerjaya sebagai pensyarah dan tutor di beberapa buah kolej dan university antaranya Open University Malaysia, Kolej Islam Antarabangsa, Multimedia Kolej dan sekarang masih berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Perniagaan Universiti Multimedia, Melaka. Mempunyai pengalaman sebagai kaunselor dan penasihat akademik di institusi-institusi beliau berkhidmat.
Pengalaman dan minat di dalam bidang pendidikan di samping keinginan untuk menyediakan ruang dan modul pendidikan terbaik kepada generasi baru mendorong beliau mengorak langkah untuk menubuhkan Al Kindi. Mudah-mudahan ia adalah pemangkin untuk melahirkan generasi yang seimbang dengan nilai murni, akhlak dan kepintaran akademik.
Puan Saadiah Abd. Razak
Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Politik, Universiti Islam Antarabangsa dan kemudian mendapat latihan perguruan di Maktab Perguruan Keningau, Sabah. Telah berkhidmat sebagai guru selama lebih 11 tahun. Berpengalaman mengajar murid tahun tahap 1 dan 2 terutamanya murid-murid yang masih tidak menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Beliau juga adalah Jurulatih Utama bagi KSSR Bahasa Inggeris dan telah menghadiri beberapa siri kursus berkaitan pedagogi. Seorang yang aktif dalam bidang ko akademik yang mana ia sangat membantu dalam menguasai Bahasa Inggeris. Pernah terlibat dalam aktiviti ko akademik peringkat negeri dan kebangsaan.
Beliau berasa terpanggil untuk menubuhkan Tadika Al Kindi apabila melihat senario murid-murid tahun 1 masih ada yang keciciran dalam pendidikan awal kanak-kanak yang sepatutnya dikuasai sebelum kemasukan ke tahun 1. Semoga penubuhan Tadika Al Kindi dapatlah membantu melahirkan generasi masa depan yang berakhlak mulia, memahami dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar, berkeyakinan, berani dan berketrampilan. Beliau sangat mencintai bidang pendidikan dan berharap penubuhan Tadika Al Kindi dapat memenuhi keperluan komuniti setempat bagi memudahkan mereka yang tinggal berhampiran untuk menghantar anak mereka ke tadika.